Isnin, 14 Mac 2011

Sila Tanggalkan Kasut

ISNIN 14 March 2011
Assalammualaikum semua. Hari ini saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai isu kasut. Banyak cerita mengenai isu kasut ini. Pada hari ini, saya menghadiri kelas seperti biasa. Saya tidak pulang kek kolej pada hari ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menunaikan solat di kampus sahaja. Saya telah bersolat di salah sebuah bangunan di kampus. Sebelum masuk ke dalam surau wanita, saya terlihat memo yan tertampal pada bahagian pintu. Memo tersebut ialah “ sila tanggalkan kasut anda”. Saya pun terus menanggalkan kasut serta meletakkan di tepi. Saya pun terus masuk. Pada mulanya surau ini tiada orang. Apabila saya masuk saya melihat ramai orang yang sedang menunaikan solat Zohor juga. Tetapi apa yang saya kesali ialah sikap mereka meletakkan kasut di dalam surau. Saya rasa perbuatan ini adalah tidak betul. Saya terfikir apakah fungsinya memo diluar tadi?
            Pada petang itu saya pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumah saya melihat banyak kasut bersepah diluar rumah. Memo besar sudah ditampal pada bahagian pintu, tetapi tidak dipraktikan. Sia-sia sahaja memo tersebut. Pada pandangan saya, setiap arahan yang dibuat haruslah kita patuhi agar orang sekeliling menyenangi dengan sikap kita. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan