Selasa, 8 Mac 2011

LARAS IKLAN

AHAD 27 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua. Saya menjalankan tugas saya seperti biasa. Bangun pada waktu pagi, membuat segala tugasan yang telah diberikan dan juga menikmati makan tengahari bersama rakan. Selama saya tinggal di kawasan Kolej Harun Aminurrashid ini, banyak perkara yang menarik minat saya. Setiap kali saya berjalan, saya akan dapat melihat pelbagai jenis iklan ditampalkan pada papan kenyataan sekitar kolej. Misalnya, iklan bas untuk pulang ke kampung, iklan print, iklan reload kad, iklan minyak wangi dan sebagainya. Saya pernah terbaca ikaln minyak wangi. Saya tertarik dengan kata-kata  yang digunakan. Saya terus menelefon orang yang menjual minyak wangi itu. Di sini  saya ingin menyatakan bahawa, iklan minyak ini telah dapat mempengaruhi diri saya untuk membelinya.
                                                                                                  




ANDA SUKA WANGIAN??..SEDANG
MENCARI MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL
BOLEH DIGUNAKAN TANPA WAS-WAS
HAGRA MURAH…
PATI WANGI ASLI MENANTI..
HARUM SEPENJANG MASA..MESTI MAU CUBA
 Boleh hubungi saya di no 012 7788738 (ayu)


            Kebiasaanya, laras bahasa iklan ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam bidang perniagaan dengan tujuan memperkenalkan barang yang hendak diniagakan. Oleh sebab kemajuan dalam dunia perniagaan berlaku begitu pesat, jenis perniagaan juga pelbagai, persaingan dalam perniagaan juga banyak, perhubungan antara pengguna dengan penjual mejadi bertambah sukar, maka pengiklanan barang-barang perniagaan menjadi perlu. Pengiklanan pula memerlukan laras bahasa perniagaan yang betul dan sesuai supaya barang-barang yang ditawarkan itu dapat diketahui oleh para pengguna. Iklan perniagaan diperlukan supaya barang-barang yang dijual dapat menarik perhatian pengguna.Iklan juga bertujuan melariskan jualan dan memperoleh keuntungan sebnayak mungkin. Beberapa kaedah digunakan untuk mencapai tujuan ini. Salah satunya ialah kaedah bahasa yang digunakan. Laras bahasa yang digunakan dalam ikaln menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk memperkenalkan barangan serta memujuk para pengguna. Antaranya seperti kaedah memujuk, kaedah mengumpan, kaedah perbandingan, kaedah menyakinkan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan