Jumaat, 11 Mac 2011

Gaya Bahasa

ISNIN 28 FEBUARI, 2011

Assalamualaikum semua, kembali lagi ke laman blog saya. Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai gaya bahasa yang digunakan sewaktu menghasilkan puisi. Saya telah terdengar seseorang mendeklamasikan sajak. Sajak yang dideklamasikan mempunyai gaya bahasa yang pelbagai sehingga menarik perhatian para pembaca mahupun pendengar. Pada pendapat saya gaya bahasa yang baik dalam sesebuah penulisan puisi, boleh meninggalkan kesan yang amat bermakna kepada diri pendengar.
Gaya bahasa merupakan cara penulis menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam mengungkapkan tema dan persoalan dalam sesuatu karyanya. Gaya bahasa merangkumi semua aspek gaya bahasa iaitu pertama, pemilihan kata (diksi) –setiap kata yang digunakan mestilah bersesuaian  dengan karya bagi menggambarkan watak, suasana, latar dan sebagainya. Kedua ialah pembentukan ayat (sintaksis) –ayat-ayat yang panjang, ayat pendek, atau sederhana perlu digilirkan dalam sesuatu karya untuk menjelaskan watak, perlakuan, dan suasana, selain supaya pembaca tidak berasa bosan. Terdapat unsur-unsur gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah karya untuk memantapkan karya puisi. Contohnya: gaya bahasa perbandingan- hiperbola, metafora, personifikasi, simile, gaya penegasan –repitisi, response, epifora, inversi. Gaya bahasa yang membawa maksud pertentangan –paradok dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan