Selasa 8 March 2011
Assalammualaikum. Saya tertarik lagi ingin membicarakan mengenai isu cara makan. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya mereka tersendiri. Oleh sebab makan adalah satu perkara yang wajib, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka sendiri. Misalnya di negara kita, orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan juga garfu. Orang Melayu pula lebih selesa menggunakan tangan. Orang Melayu biasa menggunakan tangan kerana:
Pertama- kita yakin bahawa, tangan kita sendiri lebih bersih daripada sudu dan garfu. Kerana kita sendiri yang membasuh tangan kita. Sedangkan sudu dan garfu dibasuh oleh orang lain tanpa dilihat oleh kita.
Kedua- kita yakin bahawa tangan kita bersih kerana hanya tangan kita seorang sahaja yang menggunakan tangan sendiri. Bukan seperti sudu dan garfu yang sudah banyak digunakan oleh orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan