Isnin, 14 Mac 2011

Sila Tanggalkan Kasut

ISNIN 14 March 2011
Assalammualaikum semua. Hari ini saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai isu kasut. Banyak cerita mengenai isu kasut ini. Pada hari ini, saya menghadiri kelas seperti biasa. Saya tidak pulang kek kolej pada hari ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menunaikan solat di kampus sahaja. Saya telah bersolat di salah sebuah bangunan di kampus. Sebelum masuk ke dalam surau wanita, saya terlihat memo yan tertampal pada bahagian pintu. Memo tersebut ialah “ sila tanggalkan kasut anda”. Saya pun terus menanggalkan kasut serta meletakkan di tepi. Saya pun terus masuk. Pada mulanya surau ini tiada orang. Apabila saya masuk saya melihat ramai orang yang sedang menunaikan solat Zohor juga. Tetapi apa yang saya kesali ialah sikap mereka meletakkan kasut di dalam surau. Saya rasa perbuatan ini adalah tidak betul. Saya terfikir apakah fungsinya memo diluar tadi?
            Pada petang itu saya pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumah saya melihat banyak kasut bersepah diluar rumah. Memo besar sudah ditampal pada bahagian pintu, tetapi tidak dipraktikan. Sia-sia sahaja memo tersebut. Pada pandangan saya, setiap arahan yang dibuat haruslah kita patuhi agar orang sekeliling menyenangi dengan sikap kita. Sekian, terima kasih.

Ahad, 13 Mac 2011

Wajah Kesayangan Hamba

Sabtu 12 March 2011
Assalammualaikum. Kembali lagi ke laman blog saya. Hari ini merupakan hari cuti saya. Banyak masa saya dihabiskan di rumah sahaja. Perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama ialah mengenai lirik lagu. Kebetulan pada hari ini, saya berminat untuk mendengar lagu-lagu 60-an. Saya tertarik mendengar sebuah lagu ini yang bertajuk Wajah Kesayangan Hamba nyanyian Hail Amir. Berikut merupakan lirik lagu tersebut:
                        Hail Amir (Ahmad Nawab / Chuari Selamat)

Wajah Kesayangan Hamba

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

( ulang dari korus1
Saya suka mendengar kata-kata dalam lirik lagu ini.  Lagunya penuh dengan maksud yang mendalam. Bukan itu sahaja, keseluruhan lirik lagu ini bagi saya adalah bersifat simile, iaitu salah stau bahasa kiasan yang digunakan bertujuan membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau keadaan dengan benda lain yang hampi sama. Perbandingan secara simile ini merupakan perbandingan yang jelas kerana penulis menggunakan kata-kata seperti umpama, macam, seperti, bagai, laksana dan sebagainya. Berdasarkan lirik lagu di atas bahasa simile yang digunakan seperti:           
Bibir merah delima
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan bagai dewi menjelma                                                                                                                                Rambut panjang terurai bagai sutera

Sabtu, 12 Mac 2011

Jemput Masuk

Jumaat, 11 March 2011
Assalammualaikum. Pada hari ini saya telah bertandang ke rumah rakan saya sewaktu saya mula-mula masuk di universiti. Kebetulan rumahnya tingkat lima. Saya pula tinggal di tingkat empat. Saya pun pergilah ke rumahnya. Setibanya di rumahnya, rakan saya ini telah menjemput saya masuk “ jemputlah masuk ija, jangan malu-malu.” Saya pun tanpa segan silunya pun masuk ke dalam rumah rakan saya ini. Sewaktu saya sampai, kebetulan orang serumah rakan saya ini sedang menikmati sarapan pagi, mereka dengan ikhlasnya menjemput “ jemput makan” saya menikmati sarapan bersama-sama.
            Saya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh mereka ini. Ayat yang digunakan oleh mereka ialah ayat silaan. Ayat silaan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menjemput atau mempersila seseorang. Ayat silaan menggunakan kata silaan seperti sila, jemput dan seumpamanya. Kata silaan, lazimnya digunakan pada permulaan ayat seperti : sila datang ke majlis itu

Tolong Jangan Bising

Rabu, 9 March 2011
Assalammualaikum. Kembali lagi ke laman blog saya. Saya masih teringat semasa zaman persekolahan dahulu. Saya masih ingat bagaimana guru saya menggunakan ayat permintaan kepada kami supaya tidak bising sewaktu berada di dalam kelas. “ Tolong jangan bising”. Pada waktu itu kami tidak tahu sama ada ayat permintaan ini betul atau salah, kami mengikut sahaja arahan guru ini. Tetapi pada hakikatnya ayat “tolong jangan bising” ini adalah salah. Contoh ayat lain yang dianggap salah seperti: tolong jangan merokok, sila jangan masuk, sila jangan pijak, minta jangan meludah dan sebagainya.
            Dalam bahasa Melayu, ayat permintaan dan ayat silaan membawa makna yang positif, sedangkan ayat larangan lazimnya membawa makna yang negatif. Oleh sebab itu, kata silaan tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata larangan. Ayat-ayat di atas tidak gramatis kerana makna yang didukung bercanggah antara makna positif dengan makna yang negatif dalam satu ayat. Ayat-ayat di atas dianggap betul apabila ditulis seperti yang berikut:
                        Jangan merokok
                        Jangan berludah
Jangan bising
Jangan keluar
Jangan pijak