Jumaat, 11 Mac 2011

Pepatah

JUMAAT 4 MARCH, 2011
Assalammualaikum, semua. Saya tertarik dengan pepatah yang digunakan pada iklan jalan raya iaitu  Biar lambat asalkan selamat. Pandulah dengan berhati-hati. Di sini, perkara yang ingin saya bicarakan ialah mengenai penggunaan pepatah dalam kehidpan seharian kita. Pepatah adalah salah satu unsur dalam peribahasa Melayu. Pepatah ialah kiasan yang mengandung erti sebenarnya, digunakan untuk mematahkan dan memutuskan perbicaraan orang lain. Selain itu juga, pepatah berfungsi sebagai pedoman dlaam kehidupan bermasyarakat.Pepatah lebih menitikberatkan sifat ringkasanya, bijak perkataannya dan benar pengajarannya. Contoh pepatah ialah: alah bisa tegal biasa, bahasa menujukkan bangsa dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan