Isnin 7 March 201
Assalammualaikum. Kembali lagi ke laman blog saya. Saya hari ini ingin membincangkan isu adab ketika ketawa. Saya sendiri suka ketawa. Ketawa saya tidak begitulah kuat. Tetapi kadang-kadang saya berasa malu juga kerana, mungkin ada masanya ketawa saya melebihi batas-batasnya. Saya pernah ditegur oleh ibu saya, kata ibu “kita tidak boleh ketawa lebih-lebih nanti gelap hati jadinya”. Perkara itu saya simpan dalam ingatan saya sehinggalah sekarang. Saya ada membaca sebuah buku ini yang menjelaskan bahawa jauhilah jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. Sama seperti kata ibu.
Dari : Riwayat Abu Daud
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh. Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan