Jumaat, 11 Mac 2011

ADAB DENGAN ORANG TUA

Rabu 2 MARCH, 2011
Assalamnmualaikum semua. Hari cuti seperti biasa merupakan hari cuti bagi saya. Kesempatan ini saya gunakan untuk pergi ke pekan Tanjung Malim. Semasa di pekan saya, terserempak dengan seorang perempuan tua bersama anak gadisnya dalam lingkungan 12 tahun. Saya tertarik dengan perlakuan anak gadisnya ini. Anak gadis ini, sangat menghormati ibunya. Dia akan segera mengangkat bakul yang dipenuhi barang-barang yang dibeli  serta memimpin tangan ibunya. Bukan itu sahaja, ketika di pondok bas, saya melihat gadis ini tanpa segan silunya memberikan tempat duduk kepada seorang lelaki tua dalam lingkungan 50-an. Sungguh baik gadis ini! Dia telah diberikan didikan yang baik sejak kecil lagi oleh ibunya.
            Adab ketika bersama orang tua sangatlah penting kerana, jika tersalah adab pasti akan menguris hati mereka. Pada pandangan saya, setiap kali bertemu dengan orang yang lebih tua haruslah memberi salam dengan penuh keikhlasan. Saya telah dididik oleh keluarga saya sejak kecil lagi. Ciumlah tangan kedua-dua ibu bapa kita kerana sekurang-kurangnya dapat memberikan perasaan kasih terhadap diri kita. Selain tu juga, angan sesekali mengungkap kata kesat atau mengherdik orang tua kerana ini akan mengguris hati dan perasaan mereka. Jika tak mampu berkata-kata anda bolehlah menulisnya bagi mengurangkan kemarahan. Sebagai seorang anak, kita haruslah selalu menghormati kedua-dua ibu bapa kita kerana merekalah yang bersusah payah membesarkan kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan