KHAMIS 3 MARCH, 2011
Assalammualaikum. Kembali ke laman blog saya. Hari ini saya ingin menceritakan adab ketika di meja makan. Hari ini saya bersama rakan-rakan telah menikmati hidangan sarapan pagi di kafe Proton City, memandangkan kelas kami di sana pada waktu pagi. Saya bersama rakan-rakan menikmati sarapan. Semasa makan, kami menjaga adab dengan baik. Hal ini demikian kerana, perlakuan atau adab ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu. Pada pendapat saya tidak ramai yang mengetahui atau menitiberatkan adab makan di meja makan.
Pada pendapat saya, individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar. Seseorang yang ingin menikmati hidangan di meja makan haruslah duduk dengan tegak dan rapat dengan meja untuk mengelakkan makanan daripada tertumpah. Percakapan sewaktu makan amat tidak digalakkan terutamanya ketika mulut penuh dengan makanan. Semasa mengunyah makanan haruslah secara tertib dan juga tenang. Saya berharap. Perkara yang saya bincangkan di sini dapat dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada kita semua. Assalammualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan