Isnin, 28 Mac 2011
Isnin, 14 Mac 2011
Sila Tanggalkan Kasut
ISNIN 14 March 2011
Assalammualaikum semua. Hari ini saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai isu kasut. Banyak cerita mengenai isu kasut ini. Pada hari ini, saya menghadiri kelas seperti biasa. Saya tidak pulang kek kolej pada hari ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menunaikan solat di kampus sahaja. Saya telah bersolat di salah sebuah bangunan di kampus. Sebelum masuk ke dalam surau wanita, saya terlihat memo yan tertampal pada bahagian pintu. Memo tersebut ialah “ sila tanggalkan kasut anda”. Saya pun terus menanggalkan kasut serta meletakkan di tepi. Saya pun terus masuk. Pada mulanya surau ini tiada orang. Apabila saya masuk saya melihat ramai orang yang sedang menunaikan solat Zohor juga. Tetapi apa yang saya kesali ialah sikap mereka meletakkan kasut di dalam surau. Saya rasa perbuatan ini adalah tidak betul. Saya terfikir apakah fungsinya memo diluar tadi?
Pada petang itu saya pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumah saya melihat banyak kasut bersepah diluar rumah. Memo besar sudah ditampal pada bahagian pintu, tetapi tidak dipraktikan. Sia-sia sahaja memo tersebut. Pada pandangan saya, setiap arahan yang dibuat haruslah kita patuhi agar orang sekeliling menyenangi dengan sikap kita. Sekian, terima kasih.
Ahad, 13 Mac 2011
Wajah Kesayangan Hamba
Sabtu 12 March 2011
Assalammualaikum. Kembali lagi ke laman blog saya. Hari ini merupakan hari cuti saya. Banyak masa saya dihabiskan di rumah sahaja. Perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama ialah mengenai lirik lagu. Kebetulan pada hari ini, saya berminat untuk mendengar lagu-lagu 60-an. Saya tertarik mendengar sebuah lagu ini yang bertajuk Wajah Kesayangan Hamba nyanyian Hail Amir. Berikut merupakan lirik lagu tersebut:
Hail Amir (Ahmad Nawab / Chuari Selamat)
Wajah Kesayangan Hamba
Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya
Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia
Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita
Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia
( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan
( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku
Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata
Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa
( ulang dari korus1
Wajah Kesayangan Hamba
Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya
Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia
Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita
Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia
( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan
( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku
Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata
Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa
( ulang dari korus1
Saya suka mendengar kata-kata dalam lirik lagu ini. Lagunya penuh dengan maksud yang mendalam. Bukan itu sahaja, keseluruhan lirik lagu ini bagi saya adalah bersifat simile, iaitu salah stau bahasa kiasan yang digunakan bertujuan membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau keadaan dengan benda lain yang hampi sama. Perbandingan secara simile ini merupakan perbandingan yang jelas kerana penulis menggunakan kata-kata seperti umpama, macam, seperti, bagai, laksana dan sebagainya. Berdasarkan lirik lagu di atas bahasa simile yang digunakan seperti:
Bibir merah delima
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan bagai dewi menjelma Rambut panjang terurai bagai sutera
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan bagai dewi menjelma Rambut panjang terurai bagai sutera
Sabtu, 12 Mac 2011
Jemput Masuk
Jumaat, 11 March 2011
Assalammualaikum. Pada hari ini saya telah bertandang ke rumah rakan saya sewaktu saya mula-mula masuk di universiti. Kebetulan rumahnya tingkat lima. Saya pula tinggal di tingkat empat. Saya pun pergilah ke rumahnya. Setibanya di rumahnya, rakan saya ini telah menjemput saya masuk “ jemputlah masuk ija, jangan malu-malu.” Saya pun tanpa segan silunya pun masuk ke dalam rumah rakan saya ini. Sewaktu saya sampai, kebetulan orang serumah rakan saya ini sedang menikmati sarapan pagi, mereka dengan ikhlasnya menjemput “ jemput makan” saya menikmati sarapan bersama-sama.
Saya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh mereka ini. Ayat yang digunakan oleh mereka ialah ayat silaan. Ayat silaan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menjemput atau mempersila seseorang. Ayat silaan menggunakan kata silaan seperti sila, jemput dan seumpamanya. Kata silaan, lazimnya digunakan pada permulaan ayat seperti : sila datang ke majlis itu
Tolong Jangan Bising
Rabu, 9 March 2011
Assalammualaikum. Kembali lagi ke laman blog saya. Saya masih teringat semasa zaman persekolahan dahulu. Saya masih ingat bagaimana guru saya menggunakan ayat permintaan kepada kami supaya tidak bising sewaktu berada di dalam kelas. “ Tolong jangan bising”. Pada waktu itu kami tidak tahu sama ada ayat permintaan ini betul atau salah, kami mengikut sahaja arahan guru ini. Tetapi pada hakikatnya ayat “tolong jangan bising” ini adalah salah. Contoh ayat lain yang dianggap salah seperti: tolong jangan merokok, sila jangan masuk, sila jangan pijak, minta jangan meludah dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat permintaan dan ayat silaan membawa makna yang positif, sedangkan ayat larangan lazimnya membawa makna yang negatif. Oleh sebab itu, kata silaan tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata larangan. Ayat-ayat di atas tidak gramatis kerana makna yang didukung bercanggah antara makna positif dengan makna yang negatif dalam satu ayat. Ayat-ayat di atas dianggap betul apabila ditulis seperti yang berikut:
Jangan merokok
Jangan berludah
Jangan bising
Jangan keluar
Jangan pijak
Jumaat, 11 Mac 2011
Cara Makan
Selasa 8 March 2011
Assalammualaikum. Saya tertarik lagi ingin membicarakan mengenai isu cara makan. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya mereka tersendiri. Oleh sebab makan adalah satu perkara yang wajib, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka sendiri. Misalnya di negara kita, orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan juga garfu. Orang Melayu pula lebih selesa menggunakan tangan. Orang Melayu biasa menggunakan tangan kerana:
Pertama- kita yakin bahawa, tangan kita sendiri lebih bersih daripada sudu dan garfu. Kerana kita sendiri yang membasuh tangan kita. Sedangkan sudu dan garfu dibasuh oleh orang lain tanpa dilihat oleh kita.
Kedua- kita yakin bahawa tangan kita bersih kerana hanya tangan kita seorang sahaja yang menggunakan tangan sendiri. Bukan seperti sudu dan garfu yang sudah banyak digunakan oleh orang lain.
Adab Ketika Ketawa
Isnin 7 March 201
Assalammualaikum. Kembali lagi ke laman blog saya. Saya hari ini ingin membincangkan isu adab ketika ketawa. Saya sendiri suka ketawa. Ketawa saya tidak begitulah kuat. Tetapi kadang-kadang saya berasa malu juga kerana, mungkin ada masanya ketawa saya melebihi batas-batasnya. Saya pernah ditegur oleh ibu saya, kata ibu “kita tidak boleh ketawa lebih-lebih nanti gelap hati jadinya”. Perkara itu saya simpan dalam ingatan saya sehinggalah sekarang. Saya ada membaca sebuah buku ini yang menjelaskan bahawa jauhilah jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. Sama seperti kata ibu.
Dari : Riwayat Abu Daud
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh. Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin J
Isu Bahasa Rojak
SABTU 5 MARCH , 2011
Saya tertarik untuk membicarakan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat kita sendiri. Masa senggang saya, ada kalanya saya menghabiskannya dengan membaca bahan-bahan kartun. Misalya kartun Ujang dan Apo. Saya dapati dalam perbualan kartun banyak menggunakan bahasa rojak. Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak. Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama dalam kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Langkah kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak adalah satu langkah yang bijak . Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
- Kau memang terror (hebat) la!
- Tempat makan ni best (bagus) sangat!
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)
- Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
- Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
- Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
Pepatah
JUMAAT 4 MARCH, 2011
Assalammualaikum, semua. Saya tertarik dengan pepatah yang digunakan pada iklan jalan raya iaitu Biar lambat asalkan selamat. Pandulah dengan berhati-hati. Di sini, perkara yang ingin saya bicarakan ialah mengenai penggunaan pepatah dalam kehidpan seharian kita. Pepatah adalah salah satu unsur dalam peribahasa Melayu. Pepatah ialah kiasan yang mengandung erti sebenarnya, digunakan untuk mematahkan dan memutuskan perbicaraan orang lain. Selain itu juga, pepatah berfungsi sebagai pedoman dlaam kehidupan bermasyarakat.Pepatah lebih menitikberatkan sifat ringkasanya, bijak perkataannya dan benar pengajarannya. Contoh pepatah ialah: alah bisa tegal biasa, bahasa menujukkan bangsa dan sebagainya.
ADAB KETIKA DI MEJA MAKAN
KHAMIS 3 MARCH, 2011
Assalammualaikum. Kembali ke laman blog saya. Hari ini saya ingin menceritakan adab ketika di meja makan. Hari ini saya bersama rakan-rakan telah menikmati hidangan sarapan pagi di kafe Proton City, memandangkan kelas kami di sana pada waktu pagi. Saya bersama rakan-rakan menikmati sarapan. Semasa makan, kami menjaga adab dengan baik. Hal ini demikian kerana, perlakuan atau adab ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu. Pada pendapat saya tidak ramai yang mengetahui atau menitiberatkan adab makan di meja makan.
Pada pendapat saya, individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar. Seseorang yang ingin menikmati hidangan di meja makan haruslah duduk dengan tegak dan rapat dengan meja untuk mengelakkan makanan daripada tertumpah. Percakapan sewaktu makan amat tidak digalakkan terutamanya ketika mulut penuh dengan makanan. Semasa mengunyah makanan haruslah secara tertib dan juga tenang. Saya berharap. Perkara yang saya bincangkan di sini dapat dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada kita semua. Assalammualaikum.
ADAB DENGAN ORANG TUA
Rabu 2 MARCH, 2011
Assalamnmualaikum semua. Hari cuti seperti biasa merupakan hari cuti bagi saya. Kesempatan ini saya gunakan untuk pergi ke pekan Tanjung Malim. Semasa di pekan saya, terserempak dengan seorang perempuan tua bersama anak gadisnya dalam lingkungan 12 tahun. Saya tertarik dengan perlakuan anak gadisnya ini. Anak gadis ini, sangat menghormati ibunya. Dia akan segera mengangkat bakul yang dipenuhi barang-barang yang dibeli serta memimpin tangan ibunya. Bukan itu sahaja, ketika di pondok bas, saya melihat gadis ini tanpa segan silunya memberikan tempat duduk kepada seorang lelaki tua dalam lingkungan 50-an. Sungguh baik gadis ini! Dia telah diberikan didikan yang baik sejak kecil lagi oleh ibunya.
Adab ketika bersama orang tua sangatlah penting kerana, jika tersalah adab pasti akan menguris hati mereka. Pada pandangan saya, setiap kali bertemu dengan orang yang lebih tua haruslah memberi salam dengan penuh keikhlasan. Saya telah dididik oleh keluarga saya sejak kecil lagi. Ciumlah tangan kedua-dua ibu bapa kita kerana sekurang-kurangnya dapat memberikan perasaan kasih terhadap diri kita. Selain tu juga, angan sesekali mengungkap kata kesat atau mengherdik orang tua kerana ini akan mengguris hati dan perasaan mereka. Jika tak mampu berkata-kata anda bolehlah menulisnya bagi mengurangkan kemarahan. Sebagai seorang anak, kita haruslah selalu menghormati kedua-dua ibu bapa kita kerana merekalah yang bersusah payah membesarkan kita.
Gaya Bahasa
ISNIN 28 FEBUARI, 2011
Assalamualaikum semua, kembali lagi ke laman blog saya. Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai gaya bahasa yang digunakan sewaktu menghasilkan puisi. Saya telah terdengar seseorang mendeklamasikan sajak. Sajak yang dideklamasikan mempunyai gaya bahasa yang pelbagai sehingga menarik perhatian para pembaca mahupun pendengar. Pada pendapat saya gaya bahasa yang baik dalam sesebuah penulisan puisi, boleh meninggalkan kesan yang amat bermakna kepada diri pendengar.
Gaya bahasa merupakan cara penulis menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam mengungkapkan tema dan persoalan dalam sesuatu karyanya. Gaya bahasa merangkumi semua aspek gaya bahasa iaitu pertama, pemilihan kata (diksi) –setiap kata yang digunakan mestilah bersesuaian dengan karya bagi menggambarkan watak, suasana, latar dan sebagainya. Kedua ialah pembentukan ayat (sintaksis) –ayat-ayat yang panjang, ayat pendek, atau sederhana perlu digilirkan dalam sesuatu karya untuk menjelaskan watak, perlakuan, dan suasana, selain supaya pembaca tidak berasa bosan. Terdapat unsur-unsur gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah karya untuk memantapkan karya puisi. Contohnya: gaya bahasa perbandingan- hiperbola, metafora, personifikasi, simile, gaya penegasan –repitisi, response, epifora, inversi. Gaya bahasa yang membawa maksud pertentangan –paradok dan sebagainya.
Selasa, 8 Mac 2011
LARAS IKLAN
AHAD 27 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua. Saya menjalankan tugas saya seperti biasa. Bangun pada waktu pagi, membuat segala tugasan yang telah diberikan dan juga menikmati makan tengahari bersama rakan. Selama saya tinggal di kawasan Kolej Harun Aminurrashid ini, banyak perkara yang menarik minat saya. Setiap kali saya berjalan, saya akan dapat melihat pelbagai jenis iklan ditampalkan pada papan kenyataan sekitar kolej. Misalnya, iklan bas untuk pulang ke kampung, iklan print, iklan reload kad, iklan minyak wangi dan sebagainya. Saya pernah terbaca ikaln minyak wangi. Saya tertarik dengan kata-kata yang digunakan. Saya terus menelefon orang yang menjual minyak wangi itu. Di sini saya ingin menyatakan bahawa, iklan minyak ini telah dapat mempengaruhi diri saya untuk membelinya.
ANDA SUKA WANGIAN??..SEDANG
MENCARI MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL
BOLEH DIGUNAKAN TANPA WAS-WAS
HAGRA MURAH…
PATI WANGI ASLI MENANTI..
HARUM SEPENJANG MASA..MESTI MAU CUBA
Boleh hubungi saya di no 012 7788738 (ayu)
Kebiasaanya, laras bahasa iklan ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam bidang perniagaan dengan tujuan memperkenalkan barang yang hendak diniagakan. Oleh sebab kemajuan dalam dunia perniagaan berlaku begitu pesat, jenis perniagaan juga pelbagai, persaingan dalam perniagaan juga banyak, perhubungan antara pengguna dengan penjual mejadi bertambah sukar, maka pengiklanan barang-barang perniagaan menjadi perlu. Pengiklanan pula memerlukan laras bahasa perniagaan yang betul dan sesuai supaya barang-barang yang ditawarkan itu dapat diketahui oleh para pengguna. Iklan perniagaan diperlukan supaya barang-barang yang dijual dapat menarik perhatian pengguna.Iklan juga bertujuan melariskan jualan dan memperoleh keuntungan sebnayak mungkin. Beberapa kaedah digunakan untuk mencapai tujuan ini. Salah satunya ialah kaedah bahasa yang digunakan. Laras bahasa yang digunakan dalam ikaln menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk memperkenalkan barangan serta memujuk para pengguna. Antaranya seperti kaedah memujuk, kaedah mengumpan, kaedah perbandingan, kaedah menyakinkan dan sebagainya.
LEBAH DAN MADU
Assalammualaikum semua. Kembali lagi ke laman blog saya. Pada hari ini, saya tertarik untuk membaca sebuah sajak yang bertajuk Lebah dan Madu karya Siti Zaleha M. Hasyim. Bagi saya, sajak beliau sangat baik dan mudah dibaca. Berikut merupakan sajak Lebah dan Madu.
Lebah dan Madu
Di pohon sana
Pada dahan pohon tualang
Lihatlah lebah-lebah
Sudah membuat sarang
Serangga yang cergas
Sentiasa hidup sepakat
Sikap yang terpuji
Ada ratu ada pekerja
Berkumpul dan bekerjasama
Madu manisnya
Penawar penyakit manusia.
Lebah-lebah
Pada dahan pohon tualang
Kau membuat aku sedar
Harus selalu berusaha
Dan meninggalkan jasa
Seperti madumu yang istimewa.
Dalam sajak Lebah dan Madu ini, beliau banyak mengunakan gaya bahasa yang puitis. Misalnya seperti gaya bahasa personifikasi, simile, hiperbola, sinkope, perlambangan, asonansi dan aliterasi. Gaya bahasa personifikasi bermaksud benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat seperti perasaan, perlakuan dan keinginan manusia diberikan pada benda, binatang, idea dan seumpamanya menjadikannya seolah-olah seperti manusia. Gaya bahasa personifikasi dalam sajak dapat dilihat pada frasa ayat serangga yang cergas. Contoh gaya bahasa personifikasi lain adalah seperti:
Daun nyiur melambai-lambai kupulang
Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan
Kasihku menyala kembali
Sabtu, 5 Mac 2011
Bahasa Istana
RABU 23 FEBUARI 2011
Selamat pagi semua, kembali lagi ke laman blog saya. Hari ini seperti biasa saya tiada kelas. Oleh sebab itu, saya banyak menghabiskan masa saya di rumah sahaja. Pada hari ini, saya telah menonton filem lagenda P. Ramlee yang bertajuk Nujum Pak Belalang. Saya sangat meminati cerita ini. Jalan ceritanya sangat menarik ditambah pula denga unsur-unsur jenaka di dalamnya membuatkan hati saya terhibur. Dalam cerita ini banyak menggunakan bahasa istana sewaktu Pak Belalang menghadap Sultan. Perbezaan bahasa banyak digunakan dalam cerita ini. Penggunaan bahasa biasa digunakan oleh Pak Belalang sewaktu berkomunikasi bersama anaknya iaitu Belalang. Apabila Pak Belalang menjadi ahli nujum di istana, Pak Belalang menggunakan bahasa istana sewaktu berkomunikasi di dalam istana.
Bahasa istana juga didefinisikan sebagai bahasa dalam, iaitu bahasa yang digunakan atau dipakai oleh golongan raja atau istana. Selain itu, bahasa istana juga dikatakan sebagai bahasa hormat atau bahasa beradat keluarga diraja. Bahasa istana sebenarnya melambangkan ketinggian adat resam Melayu yang begitu hormat akan raja. Bahasa istana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Salah satunya ialah ciri pemulukan dan pendinaan. Pemulukan bermaksud perbuatan yang memulukan atau menyanjung. Dalam hal ini, perbuatan menyanjung ditujukan kepada raja untuk meletakkan baginda pada taraf yang sebenarnya seperti Duli Yang Dipertuan . pendinaan pula ialah kerendahan diri orang yang berkomunikasi dengan raja. Ciri pendinaan terdapat dalam ganti nama seperti patik, hamba, dan ungkapan-ungkapan lain serta disertai pendinaan. Contohnya seperti patik yang hina-dina. Selain tu juga, bahasa istana juga menggunakan istilah-istilah tertentu seperti bersiram, santap, bersemayam, titah dan sebagainya.
Dapat saya rumuskan di sini bahawa, bahas Melayu atau dalam konteks negara kita adalah disebut sebagai bahasa Malaysia dan amat mementingkan sopan-santun. Kehalusan bahasa Melayu bukan sekadar pada seni bahasanya sahaja , tetapi cara –cara yang dipertuturkan. Sikap bersopan santun dalam bahasa Melayu yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi telah melahirkan beberapa kategori bahasa tertentu seperti bahasa istana, bahasa basahan, bahasa dalam, bahasa pasar dan sebagainya. Bahasa istana merupakan bahasa yang digunakan dalam komunikasi yang terhad. Bahasa istana juga tergolong dalam bahasa rasmi dan ia digunakan dalam keadaan formal dan juga tidak formal.
Jumaat, 4 Mac 2011
Sendawa
SELASA 22 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua. Seperti biasa hari ini merupakan hari yang sangat letih bagi diri saya. Jadual kelas saya dari jam 8 pagi sehinggalah jam 7 petang. Memandangkan kami tidak dapat pulang ke rumah, saya bersama rakan mengambil keputusan untuk menikmati juadah tengahari di kampus sahaja. Saya bersama rakan mengambil keputusan untuk makan di kafe Bitarasiswa. Waktu tengahari, memanglah ramai pelajar yang makan di Bitarasisiwa ini. Jadi, keadaan di sini agak menyesakkan. Nasib kami baik kerana kami mendapat tempat duduk. Selepas itu, kami pun menikmati juadah tengahari. Ketika saya makan, saya terdengar suatu suara seakan-akan sendawa kekeyangan yang agak kuat. Saya bersama rakan agak terkejut lalu melihat ke arah bunyi tersebut. Barulah kami sedari bahawa, seorang lelaki yang sedang bersendawa dengan kuatnya. Tanpa rasa bersalah, lelaki ini terus ketawa kuat akibat perlakuannya tanpa segan silunya.
Pada pendapat saya, lelaki ini tidak sepatutnya bersendawa sebarangan secara kuat di hadapan orang umum. Sedangkan saya bersama rakan-rakan yang lain turut mendengar sendawanya. Sendawa selepas makan adalah suatu perkara yang dianggap tidak elok bagi masyarakat Melayu. Perlakuan ini adalah amat memalukan. Meskipun hal ini akan dianggap remeh, bila difikirkan ia adalah amat memalukan. Perkara ini harus dikawal kerana takut kelak akan sering melakukannya sehingga tidak mampu menahannnya.
Pantun Melayu
ISNIN 21 FEBUARI 2011
Assalammualaikum. Kembali lagi ke laman blog saya. Hari ini seperti biasa saya akan menjalankan tugas harian saya untuk pergi ke kelas. Hari ini merupakan hari yang malas bagi saya untuk menghadirkan diri ke kelas. Tapi, saya tetap pergi juga. Sewaktu di dalam bas, saya telah tertarik dengan rancangan radio yang sedang ke udara. Saya tidak pasti, rancangan radio ini daripada saluran mana. Tetapi, saya tertarik dengan ungkapan pantun-pantun yang telah disampaikan oleh penyampai radio tersebut. Penyampai radio ini telah menyampaikan pantun-pantun daripada pendengarnya. Kesemua pantun ini adalah berkaitan dengan soal hati dan juga perasaan. Antara pantun yang saya sempat mendengarnya ialah:
Banyak orang mengetam pulut,
Saya seorang mengetam padi,
Banyak orang karam di laut,
Saya seorang karam di hati.
Berdasarkan pantun ini, dapat dirumuskan bahawa bahasa mempunyai hubungan dengan budaya. Sejajar dengan perkembangan bahasa Melayu contohnya, muncul budaya berpantun dalam masyarakat Melayu. Berdasarkan pantun, sesuatu hasrat yang ingin disampaikan oleh seseorang dapat dinyatakan secara halus melalui pantun. Pantun di atas secara halus menyatakan perihal diri pemantun yang sedang berduka sendirian. Banyak lagi pantun Melayu yang memberikan makna tersirat. Hal ini juga turut didorong oleh faktor budaya masyarakat Melayu yang lemah-lembut dan bersopan santun.
Rabu, 2 Mac 2011
Apa Mau Bikin
AHAD 20 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua, kembali lagi ke laman blog saya. Hari in merupakan hari cuti saya. Masa saya banyak dihabiskan dengan melakukan segala tugasan. Ada kalanya, saya mendengar radio dan adakalanya saya menyanyi kecil bagi menghiburkan hati. Tetapi apabila bosan saya duduk di rumah, saya mengambil keputusan untuk turun ke bawah. Tujuannya hanyalah satu, iaitu melihat rancangan yang sedang berlangsung di televisyen. Saya tertarik dengan rancangan Melodi yang bersiar di TV3. Ketika itu, saya tertarik dengan percakapan yang disampaikan oleh David Teoh mengenai dunia perfileman di Malaysia. David Teoh merupakan seorang yang berbangsa Cina, tetapi beliau cuba berusaha menyampaikan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa pasar yang telah digunakan oelh David Teo ini juga disebut juga sebagai bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu. Pelat sebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Selain itu, bahasa pasar adalah tidak gramatis kerana mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Bahasa pasar menggunakan perkataan ‘banyak’ sebagai kata penguat.
Langgan:
Catatan (Atom)