Ahad, 6 Februari 2011

Bas

SABTU 29 JANUARI 2011
Assalammualaikum semua, hari ini hari yang amat menggembirkan bagi saya. Saya tidak sabar rasanya  untuk pulang ke kampung. Saya telah mengambil tiket ke Ipoh jam 11.30. Suasana di stesen bas sungguh sesak. Ramai pelajar ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak ketinggalan juga dengan diri saya. Apa yang menarik perhatian saya pada hari ini ialah, kerenah orang ramai ketika di stesen bas. Ketika bas sampai, ramailah penumpang yang berlari ke arah bas. Saya pelik, kenapa perlu berebut padahal semua orang akan dapat juga menaiki  bas. Ketika inilah seorang gadis yang tidak mengendahkan orang ramai. Gadis ini tanpa segan silunya menaiki bas, padahal dibelakangnya ada seorang lelaki tua yang sedang menanti menaiki bas juga. Ketika di dalam bas, gadis ini sekali lagi membuat hal. Dia setelah mengambil tempat duduk saya. Saya menegurnya dengan baik. Tetapi tidak diendahkan  lalu dengan pendiriannya tetap hendak duduk di kerusi itu. Saya terus berlalu ke belakang. Saya terus duduk di bahagian belakang, takut juga saya sekiranya terambil tempat duduk orang lain pula. Tetapi nasib saya kurang baik kerana, kerusi saya tempat sandarnya mudah bergerak. Oleh sebab itu, keselesaan saya  duduk di dalam bas amat mendukacitakan.
Bagi saya walaupun kita berpelajaran tinggi, tetapi akhlak dan budi pekerti kita haruslah dijaga kerana setiap perbuatan yang kita lakukan sama ada baik ataupun jahat akan dipandang oleh orang sekeliling.  Sekiranya kita bersikap tidak baik masayarakat akan memandang serong dan hina kepada kita. Begitulah sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan