Rabu, 9 Februari 2011

Bahasa Sopan

SELASA 8 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua. Kembali semula ke laman blog sosiolingusitik saya lagi. Pada hari ini apa yang ingin saya kongsikan kepada kalian ialah mengenai bahasa sopan.  Seperti biasa setiap hari Selasa saya akan makan di luar. Hal ini kerana pada hari ini saya tidak sempat untuk masak sendiri di rumah memandangkan jadual kuliah saya sangat padat. Jadi pada malam ini, saya bersama rakan telah keluar makan malam bersama berdekatan dengan kolej kediaman kami. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah penggunaan bahasa yang sopan. Berikut merupakan perbualan di antara saya bersama seorang pelayan di salah sebuah restoran.
            Pelayan: Encik hendak makan apa?
            Lelaki: Nasi goreng kampung satu.
            Pelayan: Minum?
            Lelaki: Milo suam ye
            Pelayan: kakak nak makan apa?
            Saya: (sambil terkejut) nasi goreng kampung juga.
            Pelayan: minum kak?
            Saya: air suam.
            Pelayan berlalu pergi.
Apakah ciri-ciri bahasa sopan? Bahasa sopan ialah menggunakan dua ciri yang ketara. Pertama, ia menggunakan bentuk sapaan yang padan dengan orang yang ditegur atau dilawan cakap. Kedua, ia menggunakan peringkat atau taraf bahasa yang sesuai dengan konteks percakapan. Dengan kata lain menggunakan bentuk bahsa hormat apabila mahu menghormati orang yang dilawan cakap. Berdasarkan peristiwa ini, pelayan restoran ini menggunakan bentuk sapaan hormat Encik apabila bertanya kepada pelanggan lelaki. Apabila dia bertanya kepada saya sebagai pelanggan wanita dia, pelayan ini mengubah bentuk sapaan hormat itu dengan bentuk sapaan keluarga kakak. Perbuatan pelayan ini tidak menghormati pelanggan wanita, walaupun bagi dia, itulah hormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan