Khamis, 27 Januari 2011

POTONG BARISAN ATAU MEMINTA MAAF?

KHAMIS 27 JANUARI 2011
Hari ini seperti biasa, saya bangun awal untuk ke kelas. Pada jam 7.30 semua mahasiswa dan mahasiswi bergegas untuk ke kelas. Bagi yang kelas jam 8 pagi pasti akan kelam kabut. Tambahan pula apabila bas kitara  ke kampus ataupun Proton City tiada.  Mulai semester ini,saya mendapati banyak perubahan yang berlaku berbanding pada semester  sebelumnya. Jika sebelum ini, mahasiswa atau mahasiswi berebut-rebut untuk menaiki  bas. Tetapi budaya itu jarang sudah berlaku. Kami masing-masing menyedari tanggungjawab sendiri, berebut-rebut ketika menaiki bas adalah suatu yang memalukan kepada kami sebagai bakal pendidik. Tetapi pada pagi ini, saya terfikir sejenak perlakuan seorang mahasiswi ini yang tidak tahu beradap.  Saya bersama rakan-rakan yang lain termasuklah pelajar lain sabar menanti pada baris. Tetapi saudari ini, dengan tanpa sengajanya terus menuju ke hadapan saya dan masuk ke dalam barisan. Wajarkah tindakan saudari ini? Tanpa menguntumkan senyuman, saudari ini tanpa segan silunya terus masuk ke dalam baris. Di manakah malunya?
Bagi saya, perlakuannya boleh diterima sekiranya niatnya tidak sengaja mahupun saudari ini meminta maaf terlebih dahulu untuk memotong baris. Besar kemungkinan saya akan membenarkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan