KHAMIS 10 FEBUARI 2011
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini seperti biasa saya menghadirkan diri ke kelas. Kelas saya pada hari ini ialah di Proton City dari jam 8 pagi sehinggalah 10 pagi. Selepas kelas tamat, saya bersama rakan-rakan ingin ke kampus. Jadi kami terpaksa menunggu bas UPSI ke kampus. Kebanyakan pelajar bersama-sama menanti bas untuk ke kampus. Tidak sampai dalam 10 minit bas pun sampai. Saya agak lambat sedikit menaiki bas. Jadi saya hanya berdiri berdekatan dengan pemandu dan juga pintu bas. Setibanya di kampus, suatu kejadian telah berlaku, di mana pemandu bas yang saya naiki itu tiba-tiba marah. Barulah saya tahu, yang pemandu bas ini marah kepada pemandu lori yang meletakkan lorinya di kawasan tempat bas dan juga berdekatan dengan selekoh. Pemandu bas UPSI ni pun melenting lalu menjerit kepada pemandu lori itu.
Bodoh! Tak ada otak ke! Dah tau tempat bas masih parking kat sini.
(Lalu pemandu lori segera mengalihkan kenderaannya ke tempat lain)
Apabila saya mendengar jeritan pemandu bas ini, hati saya sedikit terkilan kepadanya. Sebelum saya menaiki basnya, pemandu ini sempat tersenyum kepada saya dan menasihati saya supaya pengang kuat-kuat. Saya agak terkilan dengan perlakuan pemandu bas ini, menghamburkan kata-katanya dengan begitu kasar lain. Bagi saya memang salah pemandu lori itu meletakkan lorinya pada tempat yang tidak sepatutnya, tetapi sebagai manusia, kita tidak seharusnya menghamburkan kata-kata sebegitu. Besar kemungkinan mungkin boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Oleh sebab itu, segala percakapan atau tutur kata kita haruslah berhati-hati. Seharusnya kita banyakkan bersabar.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan