ISNIN 7 FEBUARI 2011
Assalamualaikum semua, hari ini saya menjalankan rutin harian saya seperti biasa. Selalunya pada hari ini kelas saya adalah pada jam 9 pagi. Jadi, saya mengambil kesempatan masa yang ada pada pagi itu untuk turun ke bawah Foyer blok 1. Saya duduk di bahagian tempat menonton televisyen. Mata saya tertumpu pada rancangan TV3 iaitu rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Bukan sekali saja saya memerhatikan peristiwa ini, tetapi sudah kerap kali.
Pengacara: Selamat pagi. Siapa di sana?
Pemanggil: Saya Deris bin Mat.
Pengacara: Encik Deris, encik dari mana?
Pemanggil: Dari (pada) Alok Merah, dekat Aloq Setaq
Pengacara: Oi, apa habaq?
Terus pengacara bercakap dalam dialek Kedah.
Apa yang saya ingin katakan di sini bahawa, menurut Abdullah Hassan peristiwa ini ada teorinya yang dikenali sebagai Teori Homofili. Ada orang mengatakan bahawa orang yang lebih mudah dipercayai ialah orang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita. Kita mempunyai banyak sifat, bahasa kegemaran, selera, pakaian, muzik dan sebagainya. Lagi banyak persamaan dengan orang yang mendengar kita , lebih mudahlah orang itu mempercayai kita. Oleh sebab itu, sekiranya kita hendak membujuk orang, moleklah kita menggunakan teori ini, iaitu mendekatkan diri kita kepada orang yang akan kita bujuk. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan