SABTU 12 FEBUARI 2010
Hari ini merupakan hari cuti bagi saya. Tiada kuliah membuatkan hati saya ketawa riang. Dalam jam 7 pagi, saya bergegas turun ke bawah kolej. Tujuannya hanya satu, saya ingin melihat berita pagi bersiaran di TV3. Ramai juga pelajar lain yang turun untuk menonton televisyen, tidak ketinggalan juga yang menghadiri aktiviti kokurikulum. Saya menontonrancangan berita sehinggalah sampai ke penghujungnya. Apa yang menarik perhatian saya ialah, di dalam rancangan berita, mempunyai pelbagai laras bahasa yang digunakan. Sebagai contohnya seperti laras sukan, laras ekonomi dan sebagainya.
Laras bahasa merupakan ciri bahasa yang bersifat umum. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza melahirkan laras. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang mewujudkan kata-kata yanag tidak sama. Laras bahasa juga didefinisikan sebagai gaya dalam penggunaan sesuatu bahasa. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Misalnya, dalam rancangan berita banyak terdapat pelbagi jenis laras digunakan seperti laras sukan dan ekonomi. Ciri laras sukan yang digunakan ialah seperti finalti, separuh masa akhir, kad kuning, tendangan kencang, pukulan hebat dan sebagainya. Manakala laras ekonomi yang digunakan di dalam berita adalah seperti harga saham, pasaran, wang ringgit dan sebaginya.
Dapat disimpulkan di sini bahawa, gabungan penggunaan laras bahasa dalam rancangan berita dapat dapat memberikan kesan positif pada keindahan bahasa dan keberkesanan komunikasi. Gabungan pelbagai laras bahasa juga memberikan makna bagi gaya bahasa. Cara ini dapat memikat pembaca dan pendengar supaya terus memberikan tumpuan terhadap bahan yang dibaca atau didengar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan