JUMAAT 18 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua. Kembali lagi ke laman blog saya. Hari ini seperti biasa saya bersama rakan menghadiri kuliah di Proton City. Kelas pada hari ini tamat pada jam 5 petang. Selepas habis kelas seperti biasa, saya pulang ke rumah. Setibanya di rumah, mata saya terus tertumpu pada bekas makanan di atas meja rumah.Hati saya terdetik ingin tahu siapakah yang makan sebegitu rupa. Nasi yang basi hanya dibiarkan di atas meja sahaja. Pinggan yang sudah digunakan pula tidak dicuci. Ikutkan hati saya, saya ingin sahaja terus menegur perbuatan yang tidak baik ini. Sudah lama saya perhatikan, tetapi kejadian ini semakin melampau apabila dibiarkan.
Pada malam itu, satu mesyuarat tergempar rumah telah dilakukan. Rupanya, bukan saya seorang sahaja yang menyedari sikap yang tidak baik itu. Tetapi ada juga yang tidak senang dengan perbuatan itu. Perbuatan tidak menjaga kebersihan bukanlah amalan dan budaya kita. Kita tidak seharusnya mengambil remeh terhadap hal kebersihan ini, kerana dengan menjaga kebersihanlah akan memperlihatkan keperibadian kita.
Mesyuarat pada malam itu dimulakan dengan pembacaan doa. Selepas itu teguran daripada ketua rumah. Penggunaan bahasa yang digunakan oleh ketua penuh berhemah dan membina. Tegurannya bukan tertumpu kepada orang yang melakukan kesalahan tersebut, malah kepada kami semua juga untuk dijadikan iktibar dan juga pedoman. Sekian, terima kasih.