SELASA 18 JANUARI 2011
Pada hari itu, saya bersama rakan duduk di bawah sepohon pokok di sebelah bangunan Fakulti Bahasa. Sementara menunggu pensyarah yang saya ingin berjumpa, saya terlihat sepasang kekasih ini. Pada waktu itu saya bersama rakan-rakan menikmati roti sardin yang sangat enak. Sepasang kekasih ini sama juga seperti kami, menikmati sarapan pagi di bawah pokok yang sama. Aku tertarik bahasa yang digunakan oleh mereka itu. Kata si lelaki “ awak, nanti pergi kelas elok-elok ye, jaga diri”. Terdetik hati saya mengatakan bahawa pasangan kekasih ini sungguh romantik. Bahasa yang digunakan oleh mereka penuh kelembutan yang membawa maksud memberikan perhatian kepada seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan