SABTU 22 JANUARI 2011
Assalamualaikum semua, selamat kemabali lagi. Pada hari ini, aku bersama rakan telah pergi ke pasar malam. Kami pergi dalam pukul 5 petang. Keadaan pasar bila menjelang petang semakin riuh dengan suara pengunjung dan juga penjual. Apa yang menarik perhatian aku pada hari ini ialah suara para penjual buah-buahan. Mereka pandai menarik perhatian para penjual untuk melariskan jualan mereka. Contoh perbualan mereka adalah seperti yang berikut:
“ mari-mari kak, beli kak. Lima sepuluh ringgit. Lima sepuluh ringgit.. Jangan malu-malu kak. Boleh pilih-pilih.”
Penggunaan bahasa mereka penuh dengan retorik pemujukan sehingga diri saya sendiri tertarik untuk membelinya. Mereka pandai menggunakan perkataan-perkataan yang menarik perhatian, ringkas dan juga padat.
Tidak ketinggalan juga, saya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh para pelanggan ketika menjalankan urusan jual beli bersama peniaga bukan Melayu. Situasi begini telah mewujudkan neka pasar ataupun bahasa pasar. Penggunaan neka bahasa pasar selalu digunakan untuk tujuan-tujuan tidak rasmi contohnya membeli-belah di kedai, bertanya jalan dan seumpamanya. Selalunya bahasa pasar ini mempunyai ciri tatabahasa dan perbendaharaan kata yang dipengaruhi oleh unsure-unsur daripada perbendaharaan Cina dan juga Tamil. Contoh perbualan mereka:
“Amoi kasi saya dua kati maa” Penutur Melayu
“ RM2.50 amoi”
“apasal manyak mahal?” penutur Melayu.
Berdasarkan perbualan ini, dapat saya katakan bahawa penutur bahasa yang melakukan kesilapan tatabahasa dianggap tidak tahu berbahasa Melayu dengan betul, dan kesilapan ini jika diamalkan selalu akan membawa padah yang serius kepada penuturnya. Hal ini kerana, kesilapan neka bahasa adalah kesilapan tatasopan dan budi bahasa ( Abdullah Hassan 1997:247).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan