JUMAAT 21 JANUARI 2011
Assalamualaikum semua, selamat kembali lagi ke blog saya. Hari ini saya sungguh gembira kerana saya dapat berhubung dengan keluarga saya di kampung. Syukur Alhamdulillah semuanya sihat belaka. Untuk pengetahuan semua untuk mendapatkan berita daripada keluarga, saya selalu akan bermain SMS (sistem pesanan ringkas) bersama dengan adik saya. Kadang-kadang saya tidak memahami sangat apa yang ditulis adik saya ini. Berikut merupakan contoh mesej yang saya terima semalam.
Salam kak, chat? Mak tnya kak da beli tiket tuk lik kmpung x? mak pesan t lik ati2. T diew ambik kat Ipoh k.
Mak abah chat.Diorang bz ckit wat persiapan tuk kenduri abg.
Berdasarkan mesej-mesej ini, kita dapat perhatikan bahawa banyak perkataan yang digunakan oleh adik saya ini, lari daripada ejaan asal. Saya sendiri sama sekali ada juga tidak faham apa yang ditulisnya. Contohnya perkataan dia bertukar kepada diew. Apa yang saya lihat di sini, penggunaan bahasa ringkas dan juga bahasa rojak dalam kalangan generasi muda pada hari ini menyebabkan pelajar susah untuk berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang betul yang sememangnya mempunyai penyususnan tatabahasa dan frasa yang betul. Lebih membimbangkan lagi, saya takut generasi muda akan datang susah untuk mengeja sesuatu perkataan dengan betul semasa membuat karangan sewaktu di dalam kelas.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan