Rabu, 26 Januari 2011

Terima Kasih

ISNIN 24 JANUARI  2011
Assalammualaikum. Hari ini seperti biasa saya akan bangun pagi untuk pergi ke kuliah. Perjalanan pergi dan balikku ke kuliah berjalan seperti biasa. Apa yang menarik perhatianku adalah mengenai budaya berterima kasih. Kami sebagai pelajar UPSI memang tidak lari lagi daripada menggunakan perkhidmatan bas kitaran. Boleh dikatakan, sekiranya pemandu bas kitaran ini tiada, maka tidak dapatlah kami menghadirkan diri ke kelas. Apa yang saya lihat di sini ialah budaya pelajar UPSI mengungkapkan perasaan terima kasih kepada pemandu bas. Budaya berterima kasih ini masih diamalkan oleh pelajar di sini. Saya sendiri menyedari tindak balas pemandu bas kitaran sewaktu kami menyampaikan ucapan terima kasih kepada mereka ketika turun dari bas. Mereka dengan senang hatinya membalas ucapan terima kasih kepada kami.  Budaya berterima kasih ini diharap akan diamalkan selalu walau di mana kita berada, kerana setiap perkara di dalam kehidupan kita pasti akan menerima bantuan ataupun perkhidmatan daripada orang lain. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan