SELASA 24 JANUARI 2011
Assalammualaikum. Hari ini hari yang paling memenatkan bagi saya. Kerana jadual kuliah saya pada hari Selasa sangat padat. Namun saya gagahi juga kerana itu adalah tanggungjawab saya di universiti ini. Seharian berada di kampus menyebabkan badan saya terasa amat letih. Pada malam ini, saya menghabiskan masa saya dengan mendengar radio. Pada malam itu saya tertarik dengan kata-kata seorang penyampai radio ini. Kata-katanya membuat saya berfikir sejenak. “ Yang berlalu, biarlah berlalu, janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu. Orang yang berusaha kembali masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya.”
Pada pandangan saya, sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti juga akan tertarik dengan kata-katanya penyampai radio ini. Dia bukan sahaja sebagai seorang penghibur kepada para pendengar yang setia pada radio malah turut memberikan kata-kata nasihat sebagai panduan dan pedoman kepada kami yang setia mendengar celotehnya. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan