Diari Harianku
ISNIN 17 JANUARI 2011
Hari ini minggu ke-3 bagi kuliah pada semester ini. Hari pertama dalam satu minggu memang membuatkan sikap malas saya ada. Maklumlah hari pertama pergi kuliah dalam satu minggu!
Tepat jam 7.30 pagi saya bergegas turun ke bawah kolej. Kelas saya di Proton City dan kelas pada pukul jam 8 pagi. Masa-masa hujung begini ramai pelajar yang suka pergi ke kelas. Termasuklah diri saya. Sampai saja di pondok bas, kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu menaiki bas. Perkara yang menarik perhatian saya, kebanyakan pelajar di UPSI ini kaya jugalah dengan budi bahasa mereka. Semasa berjumpa mereka akan bersalaman mengucapkan salam. Ada juga di antara mereka yang saling mengukirkan senyuman. Termasuklah teman-teman saya yang tidak lokek menghulurkan senyuman mereka kepada saya.
Lepas kelas Drama, dalam jam 10 pagi, teman saya meminta tolong supaya menemaninya ke klinik. Kami pergi bersama-sama. Setibanya di kaunter klinik, salah seorang kakitangan kilnik itu mengukirkan senyuman kepada kami. Wahh … sungguh manis. Inilah yang dikatakan santunan bahasa dan budi pekerti yang baik. Murah senyuman. Jika ada yang sakit, pasti sudah terubat sedikit sakitnya apabila melihat meraka yang penuh adabnya.
Pada petang itu, saya pergi ke kelas Keterampilan Penulis pada pukul 2 petang. Saya tertarik dengan seorang pelajar perempuan ini, tidak silap saya gadis ini wakil MPP di UPSI. Aku terdengar perbualannya di telefon. Dengan penuh beradab. Gadis ini memulakan panggilannya dengan memberi salam. Gadis ini mengatakan bahawa, bas ke Proton City tidak ada pada jam 2 petang memandangkan ramai pelajar beratur untuk kelas. Gadis ini menggunakan bahasa yang baik sewaktu meminta pihak berwajib menghantar bas ke kolej seperti penggunaan kata ganti nama “encik”.
Pada pandangan saya, gadis ini pandai menggunakan bahasanya sewaktu bercakap dengan orang atasan. Gadis ini tahu menggunakan panggilan nama bagi seseorang.
Pada pandangan saya, gadis ini pandai menggunakan bahasanya sewaktu bercakap dengan orang atasan. Gadis ini tahu menggunakan panggilan nama bagi seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan