AHAD 23 JANUARI 2011
Assalammualaikum semua, semoga sihat-sihat selalu. Hari ini hari ahad, merupakan hari hujung minggu bagi kami sebagai pelajar rehat di rumah. Apabila rehat di rumah mulalah perut pun lapar. Hari ini saya sangat lapar sehinggalah saya membuat keputusan untuk pergi membeli kuih pau berdekatan dengan kolej kediaman saya. Dari jauh lagi saya terlihat seorang pak cik ini menjual pau bersama anaknya. Saya tertarik dengan cara pak cik ini menjual. Dia menggunakan bahasa yang sangat baik, sedap telinga mendengarnya ditambah pula dengan lirikan senyumanya. Kawan saya sempat bertanya kepada pak cik ini.
“ pak cik selalu menjual ke pau kat sini” Tanya rakanku
“ mintak maaf banyak-banyak nak, selalunya pak cik menjual tapi pak cik selama 3 minggu jadi pak cik tak dapat menjual. Mudah-mudahan pak cik sihat selalu”
Berdasarkan kata-kata pak cik ini, dapat saya katakan bahawa bukan senang untuk seseorang itu ingin meminta maaf kepada orang lain kecuali apabila melakukan kesilapan ataupun kesalahan. Pak cik ini sedia meminta maaf kepada kami, walaupun bukan kehendaknya untuk tidak memenuhi permintaan pelanggannya. Saya sangat menghormatri keperibadian yang telah ditunjukkan oleh pak cik ini, dan sangat sesuai contohi dan diamalkan oleh kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan