Khamis, 27 Januari 2011

POTONG BARISAN ATAU MEMINTA MAAF?

KHAMIS 27 JANUARI 2011
Hari ini seperti biasa, saya bangun awal untuk ke kelas. Pada jam 7.30 semua mahasiswa dan mahasiswi bergegas untuk ke kelas. Bagi yang kelas jam 8 pagi pasti akan kelam kabut. Tambahan pula apabila bas kitara  ke kampus ataupun Proton City tiada.  Mulai semester ini,saya mendapati banyak perubahan yang berlaku berbanding pada semester  sebelumnya. Jika sebelum ini, mahasiswa atau mahasiswi berebut-rebut untuk menaiki  bas. Tetapi budaya itu jarang sudah berlaku. Kami masing-masing menyedari tanggungjawab sendiri, berebut-rebut ketika menaiki bas adalah suatu yang memalukan kepada kami sebagai bakal pendidik. Tetapi pada pagi ini, saya terfikir sejenak perlakuan seorang mahasiswi ini yang tidak tahu beradap.  Saya bersama rakan-rakan yang lain termasuklah pelajar lain sabar menanti pada baris. Tetapi saudari ini, dengan tanpa sengajanya terus menuju ke hadapan saya dan masuk ke dalam barisan. Wajarkah tindakan saudari ini? Tanpa menguntumkan senyuman, saudari ini tanpa segan silunya terus masuk ke dalam baris. Di manakah malunya?
Bagi saya, perlakuannya boleh diterima sekiranya niatnya tidak sengaja mahupun saudari ini meminta maaf terlebih dahulu untuk memotong baris. Besar kemungkinan saya akan membenarkannya.

Rabu, 26 Januari 2011

Dengarlah Wahai Teman

SELASA 24 JANUARI 2011
Assalammualaikum. Hari ini hari yang paling memenatkan bagi saya. Kerana jadual kuliah saya pada hari Selasa sangat padat.  Namun saya gagahi juga kerana itu adalah tanggungjawab saya di universiti ini. Seharian berada di kampus menyebabkan badan saya terasa amat letih. Pada malam ini, saya menghabiskan masa saya dengan mendengar radio. Pada malam itu saya tertarik dengan kata-kata seorang penyampai radio ini. Kata-katanya membuat saya berfikir sejenak.           Yang berlalu, biarlah berlalu, janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu. Orang yang berusaha kembali masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya.”
Pada pandangan saya, sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti juga akan tertarik dengan kata-katanya penyampai radio ini. Dia bukan sahaja sebagai seorang penghibur kepada para pendengar yang setia pada radio malah turut memberikan kata-kata nasihat sebagai panduan dan pedoman kepada kami yang setia mendengar celotehnya. Terima kasih.

Terima Kasih

ISNIN 24 JANUARI  2011
Assalammualaikum. Hari ini seperti biasa saya akan bangun pagi untuk pergi ke kuliah. Perjalanan pergi dan balikku ke kuliah berjalan seperti biasa. Apa yang menarik perhatianku adalah mengenai budaya berterima kasih. Kami sebagai pelajar UPSI memang tidak lari lagi daripada menggunakan perkhidmatan bas kitaran. Boleh dikatakan, sekiranya pemandu bas kitaran ini tiada, maka tidak dapatlah kami menghadirkan diri ke kelas. Apa yang saya lihat di sini ialah budaya pelajar UPSI mengungkapkan perasaan terima kasih kepada pemandu bas. Budaya berterima kasih ini masih diamalkan oleh pelajar di sini. Saya sendiri menyedari tindak balas pemandu bas kitaran sewaktu kami menyampaikan ucapan terima kasih kepada mereka ketika turun dari bas. Mereka dengan senang hatinya membalas ucapan terima kasih kepada kami.  Budaya berterima kasih ini diharap akan diamalkan selalu walau di mana kita berada, kerana setiap perkara di dalam kehidupan kita pasti akan menerima bantuan ataupun perkhidmatan daripada orang lain. Sekian.

Ahad, 23 Januari 2011

Mintak Maaf

AHAD 23 JANUARI 2011
Assalammualaikum semua, semoga sihat-sihat selalu. Hari ini hari ahad, merupakan hari hujung minggu bagi kami sebagai pelajar rehat di rumah. Apabila rehat di rumah mulalah perut pun lapar. Hari ini saya sangat lapar sehinggalah saya membuat keputusan untuk pergi membeli kuih pau berdekatan dengan kolej kediaman saya. Dari jauh lagi saya terlihat seorang pak cik ini menjual pau bersama anaknya. Saya tertarik dengan cara pak cik ini menjual. Dia menggunakan bahasa yang sangat baik, sedap telinga mendengarnya ditambah pula dengan lirikan senyumanya. Kawan saya sempat bertanya kepada pak cik ini.
            “ pak cik selalu menjual ke pau kat sini” Tanya rakanku
“ mintak maaf banyak-banyak nak, selalunya pak cik menjual tapi pak cik selama 3 minggu jadi pak cik tak dapat menjual. Mudah-mudahan pak cik sihat selalu
Berdasarkan kata-kata pak cik ini, dapat saya katakan  bahawa bukan senang untuk seseorang itu ingin meminta maaf kepada orang lain kecuali apabila melakukan kesilapan ataupun kesalahan. Pak cik ini sedia meminta maaf kepada kami, walaupun bukan kehendaknya untuk tidak memenuhi permintaan pelanggannya. Saya sangat menghormatri keperibadian yang telah ditunjukkan oleh pak cik ini, dan sangat sesuai contohi dan diamalkan oleh kita semua.

Sabtu, 22 Januari 2011

Neka Bahasa

SABTU 22 JANUARI 2011
Assalamualaikum semua, selamat kemabali lagi. Pada hari ini, aku bersama rakan telah pergi ke pasar malam. Kami pergi dalam pukul 5 petang. Keadaan pasar bila menjelang petang semakin riuh dengan suara pengunjung dan juga penjual. Apa yang menarik perhatian aku pada hari ini ialah suara para penjual buah-buahan. Mereka pandai menarik perhatian para penjual untuk melariskan jualan mereka. Contoh perbualan mereka adalah seperti yang berikut:
            “ mari-mari kak, beli kak. Lima sepuluh ringgit. Lima sepuluh ringgit.. Jangan malu-malu kak. Boleh pilih-pilih.”
Penggunaan bahasa mereka penuh dengan retorik pemujukan sehingga diri saya sendiri tertarik untuk membelinya. Mereka pandai menggunakan perkataan-perkataan yang menarik perhatian, ringkas dan juga padat.
            Tidak ketinggalan juga, saya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh para pelanggan ketika menjalankan urusan jual beli bersama peniaga bukan Melayu. Situasi begini telah mewujudkan neka pasar ataupun bahasa pasar.  Penggunaan neka bahasa pasar selalu digunakan untuk tujuan-tujuan tidak rasmi contohnya membeli-belah di kedai, bertanya jalan dan seumpamanya. Selalunya bahasa pasar ini mempunyai ciri tatabahasa dan perbendaharaan kata yang dipengaruhi oleh unsure-unsur daripada perbendaharaan Cina dan juga Tamil. Contoh perbualan mereka:
            “Amoi kasi saya dua kati maa” Penutur Melayu
“ RM2.50 amoi”
“apasal manyak mahal?” penutur Melayu.
Berdasarkan perbualan ini, dapat saya katakan bahawa penutur bahasa yang melakukan kesilapan tatabahasa dianggap tidak tahu berbahasa Melayu dengan betul, dan kesilapan ini jika diamalkan selalu akan membawa padah yang serius kepada penuturnya. Hal ini kerana, kesilapan neka bahasa adalah kesilapan tatasopan dan budi bahasa ( Abdullah Hassan 1997:247).

Jumaat, 21 Januari 2011

Bahasa SMS

JUMAAT 21 JANUARI 2011
Assalamualaikum semua, selamat kembali lagi ke blog saya. Hari ini saya sungguh gembira kerana saya dapat berhubung dengan keluarga saya di kampung. Syukur Alhamdulillah semuanya sihat belaka.  Untuk pengetahuan semua  untuk mendapatkan berita daripada keluarga, saya selalu akan bermain SMS (sistem pesanan ringkas) bersama dengan adik saya. Kadang-kadang saya tidak memahami sangat apa yang ditulis adik saya ini. Berikut merupakan contoh mesej yang saya terima semalam.
Salam kak, chat? Mak tnya kak da beli tiket tuk lik kmpung x? mak pesan t lik ati2. T diew ambik kat Ipoh k.
Mak abah chat.Diorang bz ckit wat persiapan tuk kenduri abg.
Berdasarkan mesej-mesej ini, kita dapat perhatikan bahawa banyak perkataan yang digunakan oleh adik saya ini, lari daripada ejaan asal. Saya sendiri sama sekali ada juga tidak faham apa yang ditulisnya. Contohnya perkataan dia bertukar kepada diew. Apa yang saya lihat di sini, penggunaan bahasa ringkas dan juga bahasa rojak dalam kalangan generasi muda pada hari ini menyebabkan pelajar susah untuk berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang betul yang sememangnya mempunyai penyususnan tatabahasa dan frasa yang betul. Lebih membimbangkan lagi, saya takut generasi muda akan datang susah untuk mengeja sesuatu perkataan dengan betul semasa membuat karangan sewaktu di dalam kelas.
Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Januari 2011

Kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman

KHAMIS 20 JANUARI 2011
Assalamualaikum semua..hari ini , saya tidak ke mana-mana. Duduk di rumah sahaja. Tengahari tadi saya pergi beli makanan di salah sebuah restoran. Saya  mengambil lauk dan terus membayarnya. Hati saya  tertarik dengan kakak dikaunter pembayaran restoran itu. Dari jauh dia sudah tersenyum kepada saya. Murah senyumannnya..sungguh manis. Begitu juga  apabila saya hendak pulang ke kolej. Setibanya di dalam lif, saya terpandang seorang gadis ini. Gadis ini tersenyum kepada saya. Saya membalas senyumannya. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, tetapi gadis ini tidak lokek memberikan senyumannya kepada saya.

Bagi saya, senyuman yang manis tersirat satu erti yang begitu bermakna. Tafsiran yang berbilang yang ada pada insan yang memandangnnya.Senyuman yang lahir daripada keikhlasan dilubuk hati adalah manisnya senyuman yang paling bermakna.Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa senyum kawan- kawan..;)

Selasa, 18 Januari 2011

Indahnya Kata-kata itu..

SELASA 18 JANUARI  2011
 Pada hari itu, saya bersama rakan duduk di bawah sepohon pokok di sebelah bangunan Fakulti Bahasa. Sementara menunggu pensyarah yang saya ingin berjumpa, saya terlihat sepasang kekasih ini. Pada waktu itu saya bersama rakan-rakan menikmati roti sardin yang sangat enak. Sepasang kekasih ini sama juga seperti kami, menikmati sarapan pagi di bawah pokok yang sama. Aku tertarik bahasa yang digunakan oleh mereka itu. Kata si lelaki  “ awak, nanti pergi kelas elok-elok ye, jaga diri”. Terdetik hati saya mengatakan bahawa pasangan kekasih ini sungguh romantik. Bahasa yang digunakan oleh mereka penuh kelembutan yang membawa maksud memberikan perhatian kepada seseorang.

DIARI SOSIOLINGUISTIK

Diari  Harianku
ISNIN  17 JANUARI 2011

Hari ini minggu ke-3  bagi kuliah pada semester ini. Hari pertama dalam satu minggu memang membuatkan sikap malas saya ada. Maklumlah hari pertama pergi kuliah dalam satu minggu!
Tepat jam 7.30 pagi saya bergegas turun ke bawah kolej. Kelas saya di Proton City dan kelas pada pukul jam 8 pagi. Masa-masa hujung begini ramai pelajar yang suka pergi ke kelas. Termasuklah diri saya. Sampai saja di pondok bas, kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu menaiki bas. Perkara yang menarik perhatian saya, kebanyakan pelajar di UPSI ini kaya jugalah dengan budi bahasa mereka. Semasa berjumpa mereka akan bersalaman mengucapkan salam. Ada juga di antara mereka yang saling mengukirkan senyuman. Termasuklah teman-teman saya yang tidak lokek menghulurkan senyuman mereka kepada saya.

Lepas kelas Drama, dalam jam 10 pagi, teman saya meminta tolong supaya menemaninya ke klinik. Kami pergi bersama-sama. Setibanya di kaunter klinik,  salah seorang kakitangan kilnik itu mengukirkan senyuman kepada kami. Wahh … sungguh manis. Inilah yang dikatakan santunan bahasa dan budi pekerti yang baik. Murah senyuman. Jika ada yang sakit, pasti sudah terubat sedikit sakitnya apabila melihat meraka yang penuh adabnya.

Pada petang itu, saya pergi ke kelas Keterampilan Penulis pada pukul 2 petang. Saya tertarik dengan seorang pelajar perempuan ini, tidak silap saya gadis ini wakil MPP di UPSI. Aku terdengar perbualannya di telefon. Dengan penuh beradab. Gadis ini memulakan panggilannya dengan memberi salam. Gadis ini mengatakan bahawa, bas ke Proton City tidak ada pada jam 2 petang memandangkan ramai pelajar beratur untuk kelas. Gadis ini menggunakan bahasa yang baik sewaktu meminta pihak berwajib menghantar bas ke kolej seperti penggunaan kata ganti nama “encik”.

Pada pandangan saya, gadis ini pandai menggunakan bahasanya sewaktu bercakap dengan orang atasan. Gadis ini tahu menggunakan panggilan nama bagi seseorang.