Jumaat, 21 Januari 2011

Bahasa SMS

JUMAAT 21 JANUARI 2011
Assalamualaikum semua, selamat kembali lagi ke blog saya. Hari ini saya sungguh gembira kerana saya dapat berhubung dengan keluarga saya di kampung. Syukur Alhamdulillah semuanya sihat belaka.  Untuk pengetahuan semua  untuk mendapatkan berita daripada keluarga, saya selalu akan bermain SMS (sistem pesanan ringkas) bersama dengan adik saya. Kadang-kadang saya tidak memahami sangat apa yang ditulis adik saya ini. Berikut merupakan contoh mesej yang saya terima semalam.
Salam kak, chat? Mak tnya kak da beli tiket tuk lik kmpung x? mak pesan t lik ati2. T diew ambik kat Ipoh k.
Mak abah chat.Diorang bz ckit wat persiapan tuk kenduri abg.
Berdasarkan mesej-mesej ini, kita dapat perhatikan bahawa banyak perkataan yang digunakan oleh adik saya ini, lari daripada ejaan asal. Saya sendiri sama sekali ada juga tidak faham apa yang ditulisnya. Contohnya perkataan dia bertukar kepada diew. Apa yang saya lihat di sini, penggunaan bahasa ringkas dan juga bahasa rojak dalam kalangan generasi muda pada hari ini menyebabkan pelajar susah untuk berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang betul yang sememangnya mempunyai penyususnan tatabahasa dan frasa yang betul. Lebih membimbangkan lagi, saya takut generasi muda akan datang susah untuk mengeja sesuatu perkataan dengan betul semasa membuat karangan sewaktu di dalam kelas.
Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Januari 2011

Kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman

KHAMIS 20 JANUARI 2011
Assalamualaikum semua..hari ini , saya tidak ke mana-mana. Duduk di rumah sahaja. Tengahari tadi saya pergi beli makanan di salah sebuah restoran. Saya  mengambil lauk dan terus membayarnya. Hati saya  tertarik dengan kakak dikaunter pembayaran restoran itu. Dari jauh dia sudah tersenyum kepada saya. Murah senyumannnya..sungguh manis. Begitu juga  apabila saya hendak pulang ke kolej. Setibanya di dalam lif, saya terpandang seorang gadis ini. Gadis ini tersenyum kepada saya. Saya membalas senyumannya. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, tetapi gadis ini tidak lokek memberikan senyumannya kepada saya.

Bagi saya, senyuman yang manis tersirat satu erti yang begitu bermakna. Tafsiran yang berbilang yang ada pada insan yang memandangnnya.Senyuman yang lahir daripada keikhlasan dilubuk hati adalah manisnya senyuman yang paling bermakna.Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa senyum kawan- kawan..;)

Selasa, 18 Januari 2011

Indahnya Kata-kata itu..

SELASA 18 JANUARI  2011
 Pada hari itu, saya bersama rakan duduk di bawah sepohon pokok di sebelah bangunan Fakulti Bahasa. Sementara menunggu pensyarah yang saya ingin berjumpa, saya terlihat sepasang kekasih ini. Pada waktu itu saya bersama rakan-rakan menikmati roti sardin yang sangat enak. Sepasang kekasih ini sama juga seperti kami, menikmati sarapan pagi di bawah pokok yang sama. Aku tertarik bahasa yang digunakan oleh mereka itu. Kata si lelaki  “ awak, nanti pergi kelas elok-elok ye, jaga diri”. Terdetik hati saya mengatakan bahawa pasangan kekasih ini sungguh romantik. Bahasa yang digunakan oleh mereka penuh kelembutan yang membawa maksud memberikan perhatian kepada seseorang.

DIARI SOSIOLINGUISTIK

Diari  Harianku
ISNIN  17 JANUARI 2011

Hari ini minggu ke-3  bagi kuliah pada semester ini. Hari pertama dalam satu minggu memang membuatkan sikap malas saya ada. Maklumlah hari pertama pergi kuliah dalam satu minggu!
Tepat jam 7.30 pagi saya bergegas turun ke bawah kolej. Kelas saya di Proton City dan kelas pada pukul jam 8 pagi. Masa-masa hujung begini ramai pelajar yang suka pergi ke kelas. Termasuklah diri saya. Sampai saja di pondok bas, kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu menaiki bas. Perkara yang menarik perhatian saya, kebanyakan pelajar di UPSI ini kaya jugalah dengan budi bahasa mereka. Semasa berjumpa mereka akan bersalaman mengucapkan salam. Ada juga di antara mereka yang saling mengukirkan senyuman. Termasuklah teman-teman saya yang tidak lokek menghulurkan senyuman mereka kepada saya.

Lepas kelas Drama, dalam jam 10 pagi, teman saya meminta tolong supaya menemaninya ke klinik. Kami pergi bersama-sama. Setibanya di kaunter klinik,  salah seorang kakitangan kilnik itu mengukirkan senyuman kepada kami. Wahh … sungguh manis. Inilah yang dikatakan santunan bahasa dan budi pekerti yang baik. Murah senyuman. Jika ada yang sakit, pasti sudah terubat sedikit sakitnya apabila melihat meraka yang penuh adabnya.

Pada petang itu, saya pergi ke kelas Keterampilan Penulis pada pukul 2 petang. Saya tertarik dengan seorang pelajar perempuan ini, tidak silap saya gadis ini wakil MPP di UPSI. Aku terdengar perbualannya di telefon. Dengan penuh beradab. Gadis ini memulakan panggilannya dengan memberi salam. Gadis ini mengatakan bahawa, bas ke Proton City tidak ada pada jam 2 petang memandangkan ramai pelajar beratur untuk kelas. Gadis ini menggunakan bahasa yang baik sewaktu meminta pihak berwajib menghantar bas ke kolej seperti penggunaan kata ganti nama “encik”.

Pada pandangan saya, gadis ini pandai menggunakan bahasanya sewaktu bercakap dengan orang atasan. Gadis ini tahu menggunakan panggilan nama bagi seseorang.