Isnin, 14 Februari 2011

Membuang air kecil atau kencing?

AHAD 13 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua, kembali lagi ke blog saya. Hari ahad merupakan hari minggu yang sangat bermakna kepada kami yang bergelar mahasiswa. Hal ini kerana, pada hari ini kami semua akan menghabiskan masa di rumah sahaja dan tidak perlu ke kelas. Seperti biasa saya bersama rakan akan keluar pada waktu tengahari untuk membeli makanan. Sementara menunggu kawan saya, saya mengambil keputusan untuk duduk pada bahagian tempat menonton televisyen. Apa yang menarik perhatian saya di sini ialah, penggunaan bahasa halus dalam kalangan pelajar di UPSI ini. Ada seorang gadis di hadapan saya ini, cara cakapnya boleh dikatakan sangat lantang sehingga saya di belakangnya turut terdengar perbualannya. Saya tertarik dengan bahasa yang digunakan olehnya:
Gadis: aku nak kencing la, korang pergi dulu la. Aku dah tak tahan ni. Aku balik rumah jap tau.
Komen saya ialah, gadis ini tidak seharusnya menggunakan bahasa halus. Perkataan kencing, boleh digantikan dengan membuang air kecil. Memang perkataan kencing sudah sinonim dengan perbualan seharian kita. Tetapi, jika didengari oleh jantina lain sudah tentu tidak elok untuk didengari.

Laras Bahasa

SABTU 12 FEBUARI 2010
Hari ini merupakan hari cuti bagi saya. Tiada kuliah membuatkan hati saya ketawa riang. Dalam jam 7 pagi, saya bergegas  turun ke bawah kolej. Tujuannya hanya satu, saya ingin melihat berita pagi bersiaran di TV3. Ramai juga pelajar lain yang  turun untuk menonton televisyen, tidak ketinggalan juga yang menghadiri  aktiviti kokurikulum. Saya menontonrancangan berita sehinggalah sampai ke penghujungnya. Apa yang menarik perhatian saya ialah, di dalam rancangan berita, mempunyai pelbagai laras bahasa yang digunakan. Sebagai contohnya seperti laras sukan, laras ekonomi dan sebagainya.
            Laras bahasa merupakan ciri bahasa yang bersifat umum. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza melahirkan laras. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang mewujudkan kata-kata yanag tidak sama. Laras bahasa juga didefinisikan sebagai gaya dalam penggunaan sesuatu bahasa. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Misalnya, dalam rancangan berita banyak terdapat pelbagi jenis laras digunakan seperti laras sukan dan ekonomi. Ciri laras sukan yang digunakan ialah seperti finalti, separuh masa akhir, kad kuning, tendangan kencang, pukulan hebat dan sebagainya. Manakala laras ekonomi yang digunakan di dalam berita adalah seperti harga saham, pasaran, wang ringgit dan sebaginya.
Dapat disimpulkan di sini bahawa, gabungan penggunaan laras bahasa dalam rancangan berita dapat dapat memberikan kesan positif pada keindahan bahasa dan keberkesanan komunikasi. Gabungan pelbagai laras bahasa juga memberikan makna bagi gaya bahasa. Cara ini dapat memikat pembaca dan pendengar supaya terus memberikan tumpuan terhadap bahan yang dibaca atau didengar.

Khamis, 10 Februari 2011

Bahasa Kasar

KHAMIS 10 FEBUARI 2011
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini seperti biasa saya menghadirkan diri ke kelas. Kelas saya pada hari ini ialah di Proton City dari jam 8 pagi sehinggalah 10 pagi. Selepas kelas tamat, saya bersama rakan-rakan ingin ke kampus. Jadi kami terpaksa menunggu bas UPSI ke kampus. Kebanyakan pelajar bersama-sama menanti bas untuk ke kampus. Tidak sampai dalam 10 minit bas pun sampai. Saya agak lambat sedikit menaiki bas. Jadi saya hanya berdiri berdekatan dengan pemandu dan juga pintu bas. Setibanya di kampus, suatu kejadian telah berlaku, di mana pemandu bas yang saya naiki itu tiba-tiba marah. Barulah saya tahu, yang pemandu bas ini marah kepada pemandu lori yang meletakkan lorinya di kawasan tempat bas dan juga berdekatan dengan selekoh. Pemandu bas UPSI ni pun melenting lalu menjerit kepada pemandu lori itu.
            Bodoh! Tak ada otak ke! Dah tau tempat bas masih parking kat sini.
            (Lalu pemandu lori segera mengalihkan kenderaannya ke tempat lain)
            Apabila saya mendengar jeritan pemandu bas ini, hati saya sedikit terkilan kepadanya. Sebelum saya menaiki basnya, pemandu ini sempat tersenyum kepada saya dan menasihati saya supaya pengang kuat-kuat. Saya agak terkilan dengan perlakuan pemandu bas ini, menghamburkan kata-katanya dengan begitu kasar lain. Bagi saya memang salah pemandu lori itu meletakkan lorinya pada tempat yang tidak sepatutnya, tetapi sebagai manusia, kita tidak seharusnya menghamburkan kata-kata sebegitu. Besar kemungkinan mungkin boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan.  Oleh sebab itu, segala percakapan atau tutur kata kita haruslah berhati-hati. Seharusnya kita banyakkan bersabar. 
Terima kasih.
            

Rabu, 9 Februari 2011

Bahasa Sopan

SELASA 8 FEBUARI 2011
Assalammualaikum semua. Kembali semula ke laman blog sosiolingusitik saya lagi. Pada hari ini apa yang ingin saya kongsikan kepada kalian ialah mengenai bahasa sopan.  Seperti biasa setiap hari Selasa saya akan makan di luar. Hal ini kerana pada hari ini saya tidak sempat untuk masak sendiri di rumah memandangkan jadual kuliah saya sangat padat. Jadi pada malam ini, saya bersama rakan telah keluar makan malam bersama berdekatan dengan kolej kediaman kami. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah penggunaan bahasa yang sopan. Berikut merupakan perbualan di antara saya bersama seorang pelayan di salah sebuah restoran.
            Pelayan: Encik hendak makan apa?
            Lelaki: Nasi goreng kampung satu.
            Pelayan: Minum?
            Lelaki: Milo suam ye
            Pelayan: kakak nak makan apa?
            Saya: (sambil terkejut) nasi goreng kampung juga.
            Pelayan: minum kak?
            Saya: air suam.
            Pelayan berlalu pergi.
Apakah ciri-ciri bahasa sopan? Bahasa sopan ialah menggunakan dua ciri yang ketara. Pertama, ia menggunakan bentuk sapaan yang padan dengan orang yang ditegur atau dilawan cakap. Kedua, ia menggunakan peringkat atau taraf bahasa yang sesuai dengan konteks percakapan. Dengan kata lain menggunakan bentuk bahsa hormat apabila mahu menghormati orang yang dilawan cakap. Berdasarkan peristiwa ini, pelayan restoran ini menggunakan bentuk sapaan hormat Encik apabila bertanya kepada pelanggan lelaki. Apabila dia bertanya kepada saya sebagai pelanggan wanita dia, pelayan ini mengubah bentuk sapaan hormat itu dengan bentuk sapaan keluarga kakak. Perbuatan pelayan ini tidak menghormati pelanggan wanita, walaupun bagi dia, itulah hormat.

Bahasa dan Bujukan

ISNIN 7 FEBUARI 2011
Assalamualaikum semua, hari ini saya menjalankan rutin harian saya seperti biasa. Selalunya pada hari ini kelas saya adalah pada jam 9 pagi. Jadi, saya mengambil kesempatan masa yang ada pada pagi itu untuk turun ke bawah Foyer blok 1. Saya duduk di bahagian tempat menonton televisyen. Mata saya tertumpu pada rancangan TV3 iaitu rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Bukan sekali saja saya memerhatikan peristiwa ini, tetapi sudah kerap kali.
            Pengacara: Selamat pagi. Siapa di sana?
            Pemanggil: Saya Deris bin Mat.
            Pengacara: Encik Deris, encik dari mana?
            Pemanggil: Dari (pada) Alok Merah, dekat Aloq Setaq
            Pengacara: Oi, apa habaq?
            Terus pengacara bercakap dalam dialek Kedah.
Apa yang saya ingin katakan di sini bahawa, menurut Abdullah Hassan peristiwa ini ada teorinya yang dikenali sebagai Teori Homofili.  Ada orang mengatakan bahawa orang yang lebih mudah dipercayai ialah orang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita. Kita mempunyai banyak sifat, bahasa kegemaran, selera, pakaian, muzik dan sebagainya. Lagi banyak persamaan dengan orang yang mendengar kita , lebih mudahlah orang itu mempercayai kita. Oleh sebab itu, sekiranya kita hendak membujuk orang, moleklah kita menggunakan teori ini, iaitu mendekatkan diri kita kepada orang yang akan kita bujuk. Selamat mencuba.

Ahad, 6 Februari 2011

"Saya beli"

AHAD 30 JANUARI 2011
Hari ini, merupakan hari kedua saya pulang ke kampung. Apabila pulang ke kampung, salah satu perkara  yang paling saya minat lakukan ialah mengikut ibu dan ayah saya ke pasar. Pagi-pagi lagi saya sudah bangun awal. Kata ibu, kalau hendak ke pasar perlu pergi awal supaya orang tidak ramai dan ikan pun akan dapat yang segar-segar. Saya melihat ibu mencari barang-barang yang ingin dibelinya. Apa yang menarik perhatian saya ialah ketika berjalannya urusan jual beli. Berlakunya transaksi jual beli. Si penjual akan berkata “ jual ya”. Manakala ibu saya pula akan menjawab “ ya beli”.
Pada pendapat saya, amalan percakapan ini ketika menjalankan urusan jual beli adalah sangat baik. Di sini, si penjual dengan senang hatinya menjual barang dan perkhidmatannya manakala si pembeli dengan senang hatinya membeli barang dan perkhidmatan tersebut.

Bas

SABTU 29 JANUARI 2011
Assalammualaikum semua, hari ini hari yang amat menggembirkan bagi saya. Saya tidak sabar rasanya  untuk pulang ke kampung. Saya telah mengambil tiket ke Ipoh jam 11.30. Suasana di stesen bas sungguh sesak. Ramai pelajar ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak ketinggalan juga dengan diri saya. Apa yang menarik perhatian saya pada hari ini ialah, kerenah orang ramai ketika di stesen bas. Ketika bas sampai, ramailah penumpang yang berlari ke arah bas. Saya pelik, kenapa perlu berebut padahal semua orang akan dapat juga menaiki  bas. Ketika inilah seorang gadis yang tidak mengendahkan orang ramai. Gadis ini tanpa segan silunya menaiki bas, padahal dibelakangnya ada seorang lelaki tua yang sedang menanti menaiki bas juga. Ketika di dalam bas, gadis ini sekali lagi membuat hal. Dia setelah mengambil tempat duduk saya. Saya menegurnya dengan baik. Tetapi tidak diendahkan  lalu dengan pendiriannya tetap hendak duduk di kerusi itu. Saya terus berlalu ke belakang. Saya terus duduk di bahagian belakang, takut juga saya sekiranya terambil tempat duduk orang lain pula. Tetapi nasib saya kurang baik kerana, kerusi saya tempat sandarnya mudah bergerak. Oleh sebab itu, keselesaan saya  duduk di dalam bas amat mendukacitakan.
Bagi saya walaupun kita berpelajaran tinggi, tetapi akhlak dan budi pekerti kita haruslah dijaga kerana setiap perbuatan yang kita lakukan sama ada baik ataupun jahat akan dipandang oleh orang sekeliling.  Sekiranya kita bersikap tidak baik masayarakat akan memandang serong dan hina kepada kita. Begitulah sebaliknya.